Sukar Tidur atau Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau “merehatkan minda” buat melebihi beberapa minit setiap kali.

Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.
APA ITU INSOMNIA?
Insomnia adalah perasaan subjektif di mana seseorang itu merasakan bahawa beliau kekurangan tidur atau rasa tidak puas walaupun telah mendapat peluang untuk tidur dengan secukupnya.
Masalah tidur terutamanya di kalangan warga emas adalah disebabkan perubahan aras hormon badan dan perubahan kitaran tidur. Buat masa ini tiada standard yang menyatakan bahawa jumlah jam tidur yang dianggap mencukupi bagi warga emas. Masalah tidur adalah berasaskan kepada keluhan seseorang itu mengenai ketidakcukupan tidur atau terdapat mengganggu kepada fungsi harian mereka.
Tanda tidur yang mencukupi adalah apabila seseorang itu bangun dari tidur dengan merasa bertenaga dan puas.
Fisiologi tidur berubah dengan peningkatan umur. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa. Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah jumlah jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu dapat merehatkan diri dari segi fizikal dan minda.
Pengkelasan Insomnia
- Insomnia Sementara- Berlangsung unutk beberapa hari
Sukar Tidur atau Insomnia sementara berlaku sekiranya terdapat perubahan jangka pendek kepada keadaan persekitaran dan/atau emosi seperti melancong, kemasukan ke hospital atau kegairahan. Biasanya, gelaja masalah tidur ini akan hilang selepas beberapa hari dan tidak sepatutnya menyebabkan masalah tidur yang serius.
- Insomnia Jangka Pendek- Berlangsung daripada beberap hari sehingga 3 minggu
Sukar tidur atau Insomnia jangka pendek biasanya menyusuli kejadian besar yang berlaku dalam kehidupan seseorang seperti kematian ahli keluarga/saudara yang dekat, dibuang kerja atau penceraian. Gejala masalah tidur mungkin akan berlanjutan lebih daripada beberapa hari, tetapi tidak sepatutnya berlanjutan lebih daripada 3 minggu.
- Insomnia Kronik- Berlangsung daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun
Insomnia kronik berlaku sekiranya insomnia jangka pendek tidak ditangani dengan baik.
Insomnia kronik mungkin akan berlanjutan daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun. Gelaja masalah tidur mungkin akan menjadi lebih teruk disebabkan oleh keresahan, pengambilan ubat-ubatan, penyalahgunaan alkohol/ dadah dan masalah perubatan lain.
Adalah amat penting untuk mengenalpasti punca insomnia jangka panjang sekiranya masalah gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.
Tanda-tanda dan gejala insomnia
- Sukar untuk mula tidur (jumlah masa yang diambil daripada masa melelapkan mata sehingga masa mulanya tidur)
- Bertambahnya masa tidur yang tidak nyenyak
- Kerap terjaga lebih awal daripada masa bangung biasa
- Merasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari
Kesan dari tidur yang terganggu
- Letih fizikal dan mental, resah dan panas baran
- Peningkatan risiko kemalangan
- Kemerosotan keupayaan ingatan, perhatian dan prestasi aktiviti harian
- Peningkatan risiko jatuh,
- Peningkatan kadar kematian
Pencegahan dan Rawatan Insomnia
Rawatan bukan ubatan
Pendidikan kesihatan mengenai perubahan tidur pada wargaemas dan amalan tidur yang baik adalah mencukupi untuk rawatan awal bagi masalah tidur warga emas. Sekiranya tiada masalah perubatan yang dikesan melalui sejarah perubatan dan pemeriksaan, nasihat amalan tidur yang baik merupakan langkah awal yang terbaik.
Nasihat untuk amalan tidur yang baik ialah seperti berikut:
- Mengamalkan waktu tidur dan waktu bangun tidur yang tetap
- Kurangkan tidur waktu siang
- Melakukan senaman harian tetapi elak daripada waktu berdekatan dengan masa tidur
- Gunakan tempat tidur untuk tidur atau seks sahaja
- Jangan membaca atau menonton televisen di tempat tidur
- Jangan makan malam yang terlalu berat sebelum tidur
- Amalkan amalan tetap sebelum tidur (cth: berus gigi dan basuh muka)
- Memakai pakaian yang selesa semasa tidur
- Mendapat pendedahan kepada cahaya yang mencukupi pada siang hari

Rawatan ubatan
Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya masalah tidur berterusan. Doktor akan menilai dan melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti masalah insomnia yang dihadapi. Pengunaan pil tidur seharusnya dipandu dan digunakan sahaja sekiranya terdapat keperluan dari segi perubatan. Pengunaan ubat yang silap mungkin akan melaratkan masalah tidur dan menyebabkan masalah bergantung kepada ubat-ubatan untuk tidur.
Produk Shaklee Cadangan Untuk Rawat Masalah Sukar Tidur atau Insomnia
Vivix

Sumber antioksidan yang berkuasa tinggi yang dapat membantu baiki semula sel-sel badan yang rosak akibat masalah sukar tidur malam /insomnia. VIVIX juga dapat membantu anda dapatkan kualiti rehat yang optimum.
B Complex

Membantu menenangkan emosi, meredakan keresahan seterusnya membantu mood untuk tidur lebih baik.
Ostematrix

Berfungsi sebagai ‘Natural Tranquilizer’ penenang semulajadi. Sangat bagus jika digabungkan bersama B Complex dan Vivix untuk atasi Masalah Tidur Malam / Insomnia.
Masalah Sukar tidur atau insomnia memang sangat merunsingkan penghidapnya. Ia boleh menjejaskan prestasi kerja dan mengganggu emosi jika dibiarkan tanpa ada usaha untuk mengatasinya.
Cara pembelian Produk Shaklee di sini
WhatsApp Klik www.wasap.my/60122044262/Cinch

http://www.kaksuri.wasap.my/60122044262
HP : 012-2044262
Instagram : @suri_sihat
COD : Shaklee COD Shah Alam, Subang, Klang
POS PERCUMA : Seluruh Malaysia by PosLaju

Leave a Reply