Tekanan kerja serta kesibukan dalam aktiviti harian membuatkan ramai orang muda termasuk berusia sudah mula menghidapi sakit sendi. Ketahui Apakah Punca dan Penawar Sakit Sendi ini .
Apa itu sakit sendi?
Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.
PUNCA- PUNCA SAKIT SENDI
- Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
- Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
- Berat badan berlebihan
- Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
- Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
- Penyakit sendi seperti arthritis
- Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
- Penyakit tulang
- Ketumbuhan
- Jangkitan kuman
- Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
- Penyakit kronik
- Ubat-ubatan
SIAPA YANG MEMERLUKAN PENJAGAAN SAKIT SENDI
- Sakit lutut sebab kurang pelincir dan sendi semakin haus
- Tidak dapat tidur malam sebab bengkak pada lutut dan sakit berdenyut pada sendi
- Cedera sebab bersukan atau kemalangan, seperti masalah ACL, kebocoran gel pelincir atau sendi koyak
- Menghidap penyakit osteo-arthritis, septic arthritis, dan rheumatoid-arthritis
- Sudah menjalani pembedahan lutut atau yang sedang mengambil suntikan gel pelincir tetapi masih mengalami kesakitan pada lutut dan sendi setelah rawatan hospital
- Ingin menjaga kesihatan tubuh dan mencegah kerosakan sendi dari awal
CEGAH SAKIT SENDI
- Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
- Tidur di atas tilam yang keras
- Elakkan mengangkat barang berat
- Kerap bersenam – elok untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
- Pengurangan berat badan boleh membantu
- Mengamalkan rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama
- Menangani tekanan.
RAWATAN DAN PENAWAR
Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh penyakit serius. Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti
- merehatkan sendi tersebut secukupnya contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu).
- Kerap mengenakan ´cold pack´(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan(keradangan)
- Selepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara lembut juga boleh membantu
- Kenakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.
- Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´non-steroidal anti-inflammatory´ (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.
- Kurangkan berat badan
- Guna kasut bertumit rendah
- Bijak menangani tekanan
- Dapatkan rawatan bagi penyakit yang khusus
- SUPLEMEN ATAU MAKANAN TAMBAHAN SELAIN UBATAN
BAGAIMANA PRODUK SHAKLEE MEBANTU PENAWAR SAKIT SENDI
1.Collagen Powder
Apabila kolagen berkurangan, tulang-tulang lain akan turut rosak. Kolagen berperanan penting dalam memastikan kesihatan tulang rawan. Antara fungsi kolagen ;
1. Memberi regangan pada sendi
2. Menjaga rangka lutut
3. Memelihara tulang rawan yang mula rosak.
2. Omega Guard
Omega Guard adalah omega 3 yang melambatkan degradasi tulang rawan, ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi. Ia juga turut membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega Guard juga bertindak sebagai pelincir. Ia membantu sendi untuk bergerak bebas.
3. Ostematrix
Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukkan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi.
Ostematrix Shaklee lebih sekadar kalsium tetapi mengandungi Magnesium, Vitamin D dan Boron untuk membantu penyerapan kalsium dengan lebih berkesan serta menguatkan tulang dan sendi.
Selain digunakan dalam kecantikan, Collagen Powder mempunyai banyak kegunaan lain terutamanya yang berkaitan dengan sendi dan lutut.
4. Vivix
Vivix dapat membantu menguatkan sel tubuh dan meningkatkan fungsi otak, jantung, imun sistem dan sendi. Vivix juga terkenal sebagai anti penuaan terhebat.Vivix ini mengandungi Elderberry yang digunakan secara tradisional untuk mengatasi masalah arthritis. Jadi sebab itulah sakit lutut boleh hilang.
Pencegahan awal boleh menjadikan kita lebih sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap atau tidak,yang paling penting adalah untuk kita mendapatkan nutrient yang secukupnya seiring dengan peningkatan usia kita.Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini menganggu pergerakan orang tersayang Jadikan hadiah setiap bulan untuk ibubapa kita.
HUBUNGI KAK SURI UNTUK KETERANGAN LANJUT 🙂
http://www.kaksuri.wasap.my/60122044262
.
Instagram : 👠 @suri_sihat
COD : Shaklee COD Shah Alam, Subang, Klang
POS PERCUMA : Seluruh Malaysia by PosLaju
Leave a Reply