Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran sewajarnya terhadap penyakit keputihan kerana menganggap ia sebagai suatu fenomena biasa dalam kehidupan seharian.
APA ITU KEPUTIHAN ?
Keputihan merupakan satu masalah yang sering kali dihadapi oleh golongan perempuan. Lendir yang keluar daripada vagina ini adalah gabungan air, bakteria dan sel-sel mati daripada lapisan dinding faraj yang di rembes setiap hari oleh vagina.
Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan
JENIS – JENIS KEPUTIHAN
FARAJ YANG TELAH DI JANGKITI KEPUTIHAN
PUNCA – PUNCA KEPUTIHAN
Sumber : Myhealth.gov
CARA MENCEGAH KEPUTIHAN
Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan.
Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:
- Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
- Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
- Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
- Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
- Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
- Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
- Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
- Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
- Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
- Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
- Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
CARA HILANGKAN KEPUTIHAN DENGAN PRODUK SHAKLEE
- VITAMIN C
- ALFALFA
- GARLIC COMPLEX
WHATSAPP Untuk order klik link
http://www.kaksuri.wasap.my/60122044262
HP : 012-2044262
Instagram : @suri_sihat
COD : Shaklee COD Shah Alam, Subang, Klang
POS PERCUMA : Seluruh Malaysia by PosLaju
Leave a Reply