Sebenarnya Tempoh PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19 (PKP) banyak hikmahnya bahkan seronok buat Kak suri sekeluarga. Pelbagai aktiviti kami buat semua sama-sama. Apatah lagi kita tak boleh nak jangka berapa lama tempoh ini akan di lanjutkan.
Ada yang dah mula BOSAN? Ketandusan idea apa yang boleh di lakukan dengan mengikut cadangan 5 aktiviti drumah semasa covid-19 ini, nah kak suri kongsikan . semoga membantu kebosanan anda semua 😀
5 AKTIVITI DI RUMAH SEMASA COVID-19
PKP ni mesti ramai yang dah buntu nak buat apa, macam-macam video perangai pelik-pelik sebab dah bosan duduk rumah je… Korang tahu tak sebenarnya ada banyak aktiviti yang boleh buat sepanjang cuti ni.
Antaranya :-
✅ Memasak
✅ Permainan tradisional
✅ Berkebun
✅ Mengemas Rumah
✅ Menajdi Agen Secara Berniaga Online
MEMASAK DI RUMAH BERSAMA KELUARGA

Sebelum ini banyak skill masakan tergendala kerana kesibukan tugasan harian terutama semasa hari bekerja. Bahkan resepi -resepi enak uang kita simpan pun masih tak terbuat. masa ini lah nak buktikan kepakaran masing-masing termasuk suami dan anak-anak 😀
Nak dapatkan idea Resepi lebih banyak boleh Ikuti Page FB ini : KOLEKSI RESEPI SURI KITCHEN
BERMAIN PERMAINAN TRADISIONAL

Peranan ibu bapa juga penting dalam mempertahankan permainan tradisional ini agar tidak lenyap begitu sahaja. Antara Cadangan Permainan Tradisional yang boleh di buat semasa PKP adalah :
- Permainan Ting-Ting
- Permainan Gasing Permainan
- Permainan Tutup Oren
- Permainan Batu Seremban
- Permainan Congkak
Atau permainan Moden
- SAHIBA
- SAIDINA
- DAM ULAR
- DAM HAJI
- CATUR
BERKEBUN
Berkebun bersama-sama keluarga antara 5 aktiviti di rumah semasa covid-19

Cara Menanam Sayuran Di Pekarangan Rumah
Cara menanam sayuran di pekarangan rumah tidaklah sulit. Bagi anda yang suka bercocok tanam, anda pasti akan memanfaatkan lahan yang ada semaksimal mungkin, meskipun lahan yang anda miliki bisa dibilang tidak luas. Anda dapat memanfaatkan pekarangan di rumah anda. Bercocok tanam di pekarangan rumah saat ini bisa disebut sebagai trend tersendiri. Oleh karena itu, semakin banyak saja orang yang mencari tahu cara menanam sayuran di pekarangan rumah, untuk memanfaatkan lahan yang dimiliki semaksimal mungkin.
3 CARA TANAMAN DI RUMAH
- Membuat kebun vertikal -membuat rak dengan kayu dengan cara menyusunnya ke atas, bahkan dengan barang yang sudah tidak terpakai seperti rak kasut

- Menggunakan polybag
- Menggunakan bekas cat terpakai atau baldi mengikut saiz yang sesuai dengan jenis tanaman

- Menanam Di Dinding Rumah dan Pagar

MENGEMAS RUMAH

Tak lama lagi kan nak Puasa dan menyambut hari raya. masa inilah nak mengemas dan bersihkan rumah bersama-sama 🙂
Bagaimana mahu kemaskan rumah sebagai persediaan raya dengan kehadiran anak-anak kecil ini? Ikuti tip berikut.
1. Libatkan Anak Dalam Aktiviti Pembersihan
Memang mencabar untuk melibatkan anak dalam aktiviti mengemas dan membersih rumah, tetapi ia lebih baik untuk mereka merasai dan melakukan aktiviti tersebut bersama ibu bapa daripada menganggap mereka sebagai masalah atau punca. Boleh minta lapkan perabot atau almari.
2. Harapan Yang Realistik
Anak kecil memang takkan dapat mengemas begitu sempurna. Namun, mereka masih boleh diharapkan untuk lakukan setakat yang mereka mampu sesuai dengan usia mereka. Ibu bapa tak perlulah mengharapkan kesempurnaan, sebaliknya menghargai usaha mereka membantu dan latih mereka dari semasa ke semasa.
3. Beri Arahan Yang Spesifik Dan Jelas
Cuba beri satu arahan yang jelas dalam satu-satu masa. Bagi anak yang berusia 5 ke 6 tahun, arahan seperti ‘bersihkan bilik kamu’ adalah terlalu umum sebaliknya cuba berkata begini. ‘Simpan semua kereta mainan kamu ke dalam kotak’. Anak mudah faham dan ikut sekiranya arahan diberi dengan terang dan spesifik.
4. Hadkan Permainan
Kadangkala kita tak sedar yang permainan anak sudah terlalu banyak. Mungkin sebahagiannya juga sudah rosak atau tidak berfungsi lagi. Jadi, boleh minta anak sisihkan permainan yang perlu dibuang. Paling baik sediakan satu tong atau bakul, jika berpenutup lebih baik, dan simpan semua permainan ke dalamnya. Jika sampai satu ketika permainan sudah tidak muat diisi, tandanya permainan sudah berlebihan dan tiba masa untuk buangkan atau dermakan sebahagiannya.
5. Mengemas Dengan Gembira
Untuk elak anak cepat bosan atau jemu ketika mengemas, boleh diselitkan ‘game’. Contohnya perlu selesaikan menyusun semua permainan blok ke dalam kotak atau menyusun semua buku ke rak sebelum lagu kesukaan mereka tamat. Siapa yang paling cepat selesaikan tugas boleh diberikan ganjaran.
6. Bermain Game Warna
Salah satu cara untuk galakkan anak kemas bilik sendiri dengan cepat, minta mereka kumpulkan atau kutip barang (atau permainan) yang sama warna, lalu disimpan. Selain bilik bersih dikemas, anak belajar mengenal warna dan membuat pengelasan.
7. Pertandingan Kebersihan
Pada hari yang diperuntukkan untuk mengemas seluruh rumah, boleh tugaskan setiap anak akan mengemas satu bilik masing-masing. Siapa yang kemas paling bersih dan cepat, akan diberi ganjaran.
8. Menjual Semula Permainan
Untuk mengawal bilangan mainan, jika ada yang sudah tidak digunakan lagi tetapi masih baik keadaannya, boleh dijual semula. Wang hasil jualan boleh disimpan. Permainan yang tidak dijual, boleh didermakan atau diberi kepada sesiapa yang memerlukan.
9. Usah Buat Semula Kerja Mereka
Jika ibu bapa buat semula tugasan yang dibuat oleh anak, anak akan beranggapan bahawa dia tak bagus dalam menyempurnakan tugasannya. Anak yang kecil sudah tentulah kerjanya tidak sesempurna mana. Tapi hargailah dan raikanlah usahanya bantu kita. Lama-kelamaan anak akan pandai mengemas sendiri.
MENJADI AGEN DAN BERNIAGA SECARA ONLINE
Wah… bukan sahaja aktiviti keluarga boleh di manfaatkan bersama, bahkan ibu bapa juga boleh mengambil peluang cuti PKP menjaga income dengan menjadi ajen produk oaranag lain dan menjual secara online . sangat mudah!

Dengan pembangunan pesat dunia Internet di Malaysia, banyak peluang yang boleh di ambil dari kemudahan Internet. Salah satunya, berniaga di Internet. Tetapi masih ramai lagi yang keliru di manakah sumber untuk memulakan perniagaan Internet? Apa jenis-jenis perniagaan Internet? Bagaimana Perniagaan Internet ini di lakukan? Betul ke ada orang boleh berniaga di Internet? Jawapannya memang betul. Pelbagai cara orang berniaga di Internet. Yang paling mendapat perhatian ketika ini adalah berniaga melalui Facebook atau melalui Instagram, WhatsUP dan macam-macam lagi laman web yang menyediakan perkhidmatan sedemikian.
Lebih mudah adalah menjadi Agen dengan mejual Produk Orang lain untuk mengurangkan kos moal di permulaan berniaga online ini.
Jemput baca lanjut di sini :BERNIAGA DARI RUMAH SEMASA COVID-19
Demikianlah panduan 5 AKTIVITI DI RUMAH SEMASA COVID-19 yang boleh kak suri kongsikan. Dan anda juga boleh tambnah dan pelbagaikan aktiviti wajib terutama Solat Berjemaah, mengaji bersama, mengajar anak-anak matapelajaran sekolah yang banyak terhenti sekarang. selain class online yang guru beri. Bersama kita doakan semoga Covid-19 ini segera terhenti dan semua aktiiti masyarakat kembali seperti sediakala. ameeen.
- Shaklee Produk BERKESAN.
- Ratusan TESTIMONI.
- 1001 Penyakit Kronik
- Kesihatan Dan Tenaga
- Kecantikan Anti Aging
- HALAL LULUS KKM
- 100% Bahan Semulajadi …….
Nak Order Produk Shaklee ? WHATSAPP Untuk order klik link

http://www.kaksuri.wasap.my/60122044262
HP : 012-2044262
Instagram : @suri_sihat
COD : Shaklee COD Shah Alam, Subang, Klang
POS PERCUMA : Seluruh Malaysia by PosLaju

Leave a Reply